Mahukan Sebut Harga Mesin Bowl Cutter?
Dapatkan sebut harga percuma & konsultasi model paling sesuai untuk pengeluaran anda.
| Spesifikasi | Model XJT-ZB20 | Model XJT-ZB40 |
|---|---|---|
| Voltage | 380V | 380V |
| Power | 4.1 kW | 5.1 kW |
| Capacity | 20L (10–15kg/time) | 40L (10–30kg/time) |
| Body Size | 780×600×850 mm | 1100×830×1080 mm |
| Package Size | 900×750×1050 mm | 1500×1300×1500 mm |
| Packing Size (Wooden) | — | 1220×950×1200 mm |
| Machine Weight | ±140 kg | ±203 kg |
| Number of Blades | 3 | 3 |
| Chopping Speed | 1440/2980 rpm | 1440/2880 rpm |
| Rotating Pot Speed | 9 rpm | 7 rpm |
| Chopper Diameter | 465 mm | 770 mm |
| Harga | RM13,500 | RM18,300 |
Bowl Cutter Heavy Duty – 20L & 40L
Mesin Bowl Cutter/Chopper untuk pemprosesan daging & campuran emulsi sosej,
nugget, burger, fish ball, surimi, inti karipap & dumpling. Reka bentuk heavy-duty,
pisau keluli berkelajuan tinggi dengan rotating pot stabil untuk hasil halus & konsisten.
Kualiti Emulsi Halus
Kombinasi pisau 1440–2980 rpm + mangkuk berputar memastikan seragam & tekstur stabil.
Stainless Steel & Mudah Cuci
Permukaan licin, mudah dicuci, mengurangkan cross-contamination.
Selamat & Tahan Lasak
Suis keselamatan, pelindung penutup, dan rangka berat untuk operasi stabil.
Servis & Stok Parts
Sokongan Waffiy Mesin: pisau, bearing, belt, minyak food-grade.
Cadangan Model Ikut Skala Produksi
- 20L (XJT-ZB20) – batch 10–15 kg/sekali; sesuai R&D, kedai kecil/pertengahan, katering, hotel kecil.
- 40L (XJT-ZB40) – batch 10–30 kg/sekali; sesuai kilang SME, central kitchen, hotel besar, OEM.
Aplikasi
Daging proses (burger/sosej), bebola ikan/udang, inti pastry, sambal, rempah, sayur & herba,
campuran keju/krim, dan produk emulsi lain.
Dalam Pakej (Standard)
- Mesin lengkap dengan 3 bilah + pelindung keselamatan.
- Manual penggunaan & jadual penyelenggaraan.
- Ujian fungsi sebelum penghantaran.
- Warranty 6 bulan (alat ganti terpilih & khidmat nasihat).
Pilihan Naik Taraf (Opsyenal)
- Set pisau tambahan (spare set / jenis khas).
- Penutup anti-percikan & gasket food-grade.
- Kit sanitasi (food-grade lubricant, chemical CIP).
- Meter suhu IR untuk kawalan suhu campuran semasa proses.
Keperluan Tapak & Elektrikal
- Bekalan kuasa 380V (3-Phase). Disyorkan ELCB & MCB bersesuaian.
- Ruang kerja rata & kering. Rujuk saiz badan/pakej pada jadual spesifikasi.
- Pastikan titik air bersih & saliran berhampiran untuk cucian.
Penyelenggaraan Pantas
- Cuci selepas setiap batch; elak sisa mengeras pada mangkuk & pisau.
- Periksa ketegangan belt & keadaan bearing secara berkala.
- Gunakan pelincir food-grade pada titik disyorkan.
- Asah/ tukar pisau mengikut penggunaan untuk kekal tajam & selamat.
Sesuai Untuk
Usahawan OEM, kilang F&B SME, dapur pusat (central kitchen), katering, hotel, restoran,
pembekal frozen & R&D dapur ujian.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa lama masa proses 1 batch?
Kebiasaannya 3–8 minit bergantung resepi, saiz potong awal & tahap kehalusan yang dikehendaki.
Boleh proses ais/air untuk kawal suhu?
Ya, tambah ais hancur/air sejuk berperingkat untuk kawal suhu emulsi; elak cairkan rasa berlebihan.
Adakah sesuai untuk produk bukan daging?
Sesuai untuk sayur, rempah, kekacang, inti pastry, fish ball/surimi & sos tertentu.












Reviews
There are no reviews yet.