Pembekal Mesin Makanan Malaysia

Food Processing Made Easier
Pembekal Mesin Makanan Malaysia merupakan salah satu pembekal utama mesin pemprosesan makanan dan pembungkusan di Malaysia. Kami mengeluarkan beberapa jenis mesin di kilang kami yang dibina khas untuk usahawan yang bertempat di Pulau Pinang, Malaysia.
Kami mempunyai pasukan jurutera dan juruteknik yang berkemahiran dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pembuatan dan perkhidmatan dalam mesin pemprosesan berkaitan pertanian, pembinaan dan makanan. Di samping itu, kami juga bekerjasama dengan pengeluar terkemuka di luar negara untuk mengimport dan mengedar secara besar-besaran jenis mesin lain yang tidak dikeluarkan oleh kami.
Rangkaian jualan dan pengedaran kami adalah meluas kerana kami mampu meliputi kebanyakan bandar utama di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak (East Malaysia).
Dalam beberapa tahun ini, kami telah dapat menggabungkan model pengembangan yang mantap, khusus untuk mesin pemprosesan makanan kami. Kami sangat berbangga dengan perkhidmatan pelanggan kami yang cekap dan mesra, yang kami tekankan pada setiap pesanan. Kami akan sentiasa berusaha untuk mencapai objektif kami untuk menjadi rakan kongsi anda yang boleh dipercayai untuk membekalkan produk berkualiti dan perkhidmatan yang cekap.
Kenapa Anda Pilih kami?
Kurangkan Perbelanjaan Overhed
Salah satu kelebihan terbesar yang Waffiy Food Machinery tawarkan kepada syarikat anda ialah pengurangan perbelanjaan overhed. Kami bukan sahaja dapat menjimatkan kos buruh anda, tetapi mesin pembungkusan kami yang cekap juga membantu mengurangkan penggunaan tenaga, menjadikannya pilihan yang lebih baik berbanding tenaga manusia.
Peningkatan Produktiviti
Dengan penambahbaikan mesin pembungkusan kami, produktiviti harian anda akan meningkat dengan ketara berbanding kaedah pembungkusan manual. Selain itu, penggunaan mesin pembungkusan yang berautomasi membolehkan anda memantau produktiviti dengan lebih jelas, sekali gus mengurangkan risiko seperti kegagalan memenuhi tarikh akhir pembekalan dan masalah lain yang berkaitan.
Kualiti Konsisten
Konsistensi adalah kunci utama kejayaan dalam automasi. Kualiti pembungkusan memainkan peranan penting dalam memasarkan produk kerana ia menjadi tanggapan pertama yang diperoleh bakal pelanggan. Pembungkusan yang konsisten dan berkualiti tinggi memberikan impak positif terhadap kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap produk kami.