Search






LT-08 Dehydrator Oven | Waffiy Industries


Berminat dengan LT-08 Dehydrator Oven?

Oven pengering komersial kecil dengan rak keluli tahan karat untuk proses pengeringan yang sekata.

Dehydrator Oven

(LT-08 DEHYDRATOR OVEN)

Ciri-Ciri Produk

LT-08 Dehydrator Oven menawarkan kapasiti pengeringan yang praktikal untuk pengusaha mikro dan
kedai kecil. Dengan struktur keluli tahan karat dan panel kawalan mudah guna, ia membantu menghasilkan produk
kering yang lebih konsisten dan tahan lama.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

Perkara Spesifikasi
Model LT-08
Julat Suhu 30–90°C
Kuasa 0.4 kW
Voltan 220V
Berat Bersih (N.W.) 6.45 kg
Jarak Antara Rak (Rack Gap) 3.4 mm
Saiz Tray (Layer Size) 285 × 200 mm
Dimensi Mesin (mm) 380 × 300 × 360
Saiz Bungkusan (mm) 430 × 365 × 400
Bahan Rak Food grade 304 stainless steel
Badan Mesin 201 stainless steel housing, pemegang pintu aluminium

Kelebihan / USP

  • Saiz sesuai untuk pengeluaran batch kecil dan ujian R&D produk.
  • Penggunaan kuasa rendah 0.4 kW – jimat elektrik.
  • Reka bentuk dalaman menggunakan rak SS304 yang selamat dan tahan karat.
  • Tingkap pemerhatian jelas, mudah pantau proses tanpa ganggu suhu.
  • Panel kawalan dengan tombol PF yang tahan lasak.

Siapa Sesuai Guna?

  • Pengusaha kerepek dan snack bermula dari rumah.
  • Peniaga pasar malam / booth yang ingin tambah produk kering.
  • Usahawan herba tradisional dan teh kering.

Perkhidmatan & Jaminan

  • Penghantaran ke seluruh Malaysia (terma & caj berbeza mengikut lokasi).
  • Video panduan penggunaan & penjagaan disediakan.
  • Jaminan produk untuk kerosakan kilang.
  • Alat ganti dan servis selepas jualan daripada Waffiy Industries.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa lama masa pengeringan?
Bergantung kepada jenis produk, ketebalan dan suhu. Contoh buah hiris nipis mungkin 6–10 jam.
Perlu dialihkan rak semasa proses?
Tidak wajib, tetapi menukar posisi rak boleh membantu hasil yang lebih sekata.
Adakah sesuai untuk kegunaan rumah?
Ya, boleh digunakan di rumah selagi soket 220V disediakan dan ada ruang pengudaraan.


Reviews

There are no reviews yet.

Write a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to Top
Menu
Product has been added to your cart

Select at least 2 products
to compare