Ingin Dapatkan Automatic Electric Donut Machine?
Mesin donut automatik elektrik dengan pilihan double rows & single row – sesuai untuk bakeri dan kilang donut yang mahukan kualiti konsisten.
Automatic Electric Donut Machine
Automatic Electric Donut Machine sesuai untuk pengeluaran donut yang konsisten dan lebih cepat.
Menggunakan pemanas elektrik 220V, mesin ini tersedia dalam versi double rows (kapasiti tinggi) dan single row dengan pilihan
panel biasa atau digital untuk kawalan yang lebih tepat.
Pemanas elektrik 220V
Double & Single Rows
Output hingga 1200 pcs/jam
Suhu 50–300°C
Tangki minyak 15–29L
Opsyen panel digital
Double & Single Rows
Output hingga 1200 pcs/jam
Suhu 50–300°C
Tangki minyak 15–29L
Opsyen panel digital
Spesifikasi Teknis – Automatic Electric Donut Machine
| Model | AS-ET100 Electric Automatic Double Rows Donut Machine |
AS-ET101 Electric Automatic Single Rows Donut Machine |
AS-ET101U Electric Automatic Single Rows Donut Machine (Digital Panel) |
|---|---|---|---|
| Saiz Mesin | 1200 × 605 × 415 mm | 1050 × 400 × 650 mm | 1050 × 400 × 650 mm |
| Voltage | 220V | 220V | 220V |
| Power | 6.0 kW | 3.0 kW | 3.0 kW |
| Output Anggaran | 300 – 1200 pcs/jam | ±500 pcs/jam | ±500 pcs/jam |
| Julat Suhu | 50 – 300°C | 50 – 300°C | 50 – 300°C |
| Kapasiti Tangki Minyak | 29 L | 15 L | 15 L |
| Hubungi kami untuk sebutharga terkini bagi setiap model, termasuk nasihat pemilihan mengikut kapasiti pengeluaran anda. | |||
Kelebihan / USP
- Versi double rows (AS-ET100): kapasiti lebih tinggi, sesuai untuk kilang dan bakeri volume besar.
- Versi single row (AS-ET101 / AS-ET101U): lebih kompak dan jimat ruang, sesuai untuk kafe & kiosk.
- Pemanas elektrik 6.0 kW / 3.0 kW: pemanasan cepat dan stabil tanpa perlu gas.
- Julat suhu 50–300°C: mudah dikawal untuk dapatkan warna donut yang seragam.
- Panel digital (AS-ET101U): tetapan suhu & masa lebih tepat, sesuai untuk SOP pengeluaran yang ketat.
- Binaan keluli tahan karat – tahan karat, mudah dibersihkan & kelihatan profesional.
Siapa Sesuai Guna?
- Bakeri dan kilang pengeluaran donut yang ingin beralih daripada penggorengan manual.
- Kafe, kiosk donut dan jenama dessert yang memerlukan pengeluaran konsisten sepanjang hari.
- Usahawan OEM donut frozen / chilled yang perlukan proses goreng lebih standard.
- Dapur pusat (central kitchen) untuk rangkaian kedai roti atau F&B.
Perkhidmatan & Sokongan
- Penghantaran ke seluruh Malaysia (mengikut kawasan).
- Latihan asas penggunaan mesin, kawalan suhu & penjagaan minyak.
- Warranty kecacatan kilang dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sokongan selepas jualan & bekalan alat ganti terpilih.
Soalan Lazim (FAQ)
- Model mana sesuai jika saya baru mula bisnes donut?
- Untuk permulaan, AS-ET101 atau AS-ET101U (single row) biasanya sudah mencukupi. Jika volume tinggi atau kilang, barulah naik ke AS-ET100 (double rows).
- Adakah perlu wiring khas untuk mesin ini?
- Mesin menggunakan 220V dengan kuasa hingga 6.0 kW. Disyorkan guna wiring & MCB yang sesuai dan dipasang oleh juruelektrik bertauliah.
- Bolehkah mesin ini digunakan sepanjang hari?
- Ya, selagi suhu dipantau dan minyak dijaga dengan baik. Rehatkan mesin seketika dan tukar minyak secara berkala untuk jaga kualiti produk.
- Panel digital vs panel biasa – apa kelebihan utama?
- Panel digital memudahkan anda lihat suhu & masa dengan lebih tepat, dan memudahkan SOP berulang terutama bila ada ramai operator.
- Sukar tak untuk cuci mesin?
- Bahagian luar boleh dilap, manakala tangki minyak dan aksesori lain boleh dibersih mengikut jadual harian. Kami akan terangkan langkah asas semasa serahan mesin.













Reviews
There are no reviews yet.