Minat Rotary Rack Oven Gas HG Series?
Oven rak berputar menggunakan gas – lebih jimat untuk operasi berjam-jam di bakeri dan kilang roti.
Rotary Rack Oven Gas – HG Series (HG-12Q / 16Q / 32Q / 64Q)
Rotary Rack Oven Gas HG Series menggabungkan penggunaan gas yang menjimatkan dengan sistem
hot air convection untuk pembakaran seragam. Sesuai untuk pengusaha yang mahu kurangkan kos elektrik
tanpa kompromi pada kualiti produk bakeri.
Sumber Gas + 3.0 kW motor
Pilihan 12 / 16 / 32 / 64 tray
Tray 400 × 600 mm
Penggunaan gas 5–15 m³/jam
Suhu 20–300°C
Pilihan 12 / 16 / 32 / 64 tray
Tray 400 × 600 mm
Penggunaan gas 5–15 m³/jam
Suhu 20–300°C
Spesifikasi Teknis – Gas HG Series
| Model (Gas) |
HG-12Q – 12 Trays HG-16Q – 16 Trays HG-32Q – 32 Trays HG-64Q – 64 Trays |
| Sumber Kuasa | Gas (LPG / natural gas bergantung pemasangan) dengan motor elektrik 3.0 kW untuk sistem kipas & kawalan. |
| Dimensi (L × W × H) |
HG-12Q: 1400 × 1980 × 2000 mm HG-16Q: 1400 × 2235 × 2420 mm HG-32Q: 1660 × 2600 × 2420 mm HG-64Q: 2008 × 2885 × 2420 mm |
| Saiz Tray | 400 × 600 mm |
| Voltan | 380V (untuk motor & panel kawalan) |
| Kuasa Motor | 3.0 kW untuk semua model. |
| Penggunaan Gas (anggaran) |
HG-12Q: 5 m³/h HG-16Q: 5 m³/h HG-32Q: 7.5 m³/h HG-64Q: 15 m³/h |
| Julat Suhu | 20°C – 300°C |
| Ciri Struktur | Rekabentuk penebat haba baik, burner gas berkualiti, troli rak berputar dan pintu berkaca untuk pantau produk. |
| Harga | Hubungi kami untuk sebut harga mengikut model & jenis sambungan gas. |
Kelebihan / USP Rotary Rack Oven Gas
- Lebih jimat operasi: Sesuai untuk bakeri yang bakar sepanjang hari – penggunaan gas lebih ekonomi berbanding elektrik penuh.
- Pembakaran konsisten: Sistem hot air convection memastikan warna roti sekata, tidak hangus di satu bahagian.
- Kapasiti fleksibel: Dari 12 hingga 64 tray, boleh pilih ikut skala produksi semasa.
- Rekabentuk industri: Struktur kukuh, sesuai untuk penggunaan berat di kilang atau central kitchen.
- Mudah dioperasi & diselenggara: Panel kawalan ringkas, komponen burner & kipas mudah dicapai untuk servis.
Siapa Sesuai Guna?
- Bakeri dan kilang roti yang mahu kurangkan bil elektrik.
- Central kitchen untuk rangkaian kedai roti atau kafe.
- Pengusaha OEM bakeri yang buat produk untuk brand lain.
- Usahawan yang sudah ada sistem gas sedia ada di premis.
Perkhidmatan & Jaminan
- Penghantaran & pemasangan termasuk setting sambungan gas (rujuk quotation).
- Waranti pengilang untuk burner, motor & panel kawalan.
- Latihan asas untuk operator – cara hidupkan, setting suhu & timer, serta prosedur keselamatan gas.
- Servis selepas jualan & bekalan alat ganti melalui Waffiy Industries.
Soalan Lazim (FAQ)
- Jenis gas apa yang boleh digunakan?
- Kebiasaannya LPG, tetapi boleh dibincang untuk natural gas bergantung kepada utiliti di premis.
- Adakah perlu elektrik juga?
- Ya, motor kipas dan panel kawalan memerlukan bekalan 380V.
- Adakah model gas ini sama kapasiti dengan versi elektrik?
- Ya, bilangan tray & saiz tray adalah sama – beza hanya pada sumber pemanasan.
- Selamat ke guna oven gas di bakeri?
- Ya, selagi pemasangan ikut spesifikasi dan ventilasi mencukupi. Juruteknik kami akan nasihatkan semasa pemasangan.
- Ada model diesel?
- Untuk pelanggan yang perlukan, kami juga ada model diesel (HG-Y Series) – boleh tanya sales untuk maklumat lanjut.








Reviews
There are no reviews yet.